Selasa, 3 September 2013

ALAHAI ANAK MAMA..BUAT NASI GORENG SENDIRI

Assalamulaikum dan salam mesra..

Alhamdulillah,baru hari ini saya berkesempatan menulis entri di blog kerana sibuk dimajlis perkahwinan adik ipar dan ubahsuai ruang depan rumah ini..Itu semua saya akan ceritakan di entri yang lain sebab masih kumpulkan gambar-gambar yang menarik untuk tatapan anda semua..

Sejak anak saya yang si abang itu dah bersekolah,dia amat suka menolong saya di dapur terutama bab memasak..Semua dia nak buat sendiri dari mula panaskan kuali,letak minyak,letak bahan-bahan sampailah ke habis dia akan menolong..

Kadang-kadang saya larang jugak tapi memandangkan hari itu cuti sekolah jadi saya bagi dia masak sendiri sarapan dia untuk hari itu iaitu nasi goreng kampung..Tak susah mana pun kan..Campak-campak jer bahan dah siap..hihiiii

Bgai anda yang suka makan nasi goreng kampung,saya ade resepi saya sendiri..Mungkin sama bagi anda tapi kalau nak cuba apa salahnyer..Ini pun si abang yang tolong masak..

Bahan-bahan:
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 4 ulas
Ikan bilis 10 ekor
(semua bahan diatas tumbuk)
kalau nak pedas,boleh tumbuk sekali dengan cili padi tapi budak-budak yang makan tak payahlah letak..
Isi ayam 2 ketul(dipotong dadu kecil)
Lobak merah,kacang panjang(potong ikut suka)
Telur 1 biji
Sos tiram,garam
1 mangkuk nasi putih..

Cara-caranyer:
Panaskan minyak di kuali..Anda kena agak-agaklah nak letak minyak masak itu macammaner yek..Jangan banyak sangat,jangan sikit sangat..Bile minyak dah panas,barulah masukkan bahan yang di tumbuk tadi..Pastu masukkan isi ayam dan lobak merah,kacang panjang..Bila dah masak,pecahkan telur dalam kuali..Jangan lupa tambahkan serbuk perasa..Bila semuanye dah sebati,baru masukkan nasi putih..Kacau semuanya sehingga menjadi nasi goreng..hihiii

Memang senang dan jimat buat nasi goreng ini..Tapi yang paling best nasi goreng mak mertuaku..Memang sedap sampai teringat-ingat tau..Kalau time saya mengandung,saya mesti suruh mak mertua buatkan untuk saya nasi goreng..hihiii

Sarapan saya pagi itu disediakan oleh anak bujang saya..Sejuk perut saya mengandungkan dia bila tengok aksi dia memasak ini..Boleh jadi menantu yang terbaik ini...hihii

Tak salah kalau anak kita nak menolong kita di dapur..Biar dia belajar dan insyallah senang sikit nanti nak suruh anak-anak kita buat kerja nanti..Yang penting benda-benda tajam seperti pisau dan gunting,kalau boleh jangan bagi yek..Bahaya itu...Oklah kita jumpa lagi dalam entri yang lain yek..



Salam Mesra
   lela















2 ulasan:

  1. Betul tu. Didik anak sedari rebung.. (tumpang sejuk hati tengok keletah anak wati.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak..anak saya ini memamg suka menolong saya di dapur..semua benda dia nak buat dulu..

      Padam