Isnin, 22 Julai 2013

SERONOK..JUALAN HABIS DI BORONG DALAM MASA 2 MINGGU

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna..Hari ini ade masa terluang cikit jadi saya guna kesempatan ini untuk menulis entri yang seterusnyer,,

Buat pengetahuan semua,dalam entri saya yang lepas,saya berkongsi pengalaman berpuasa di vietnam..Bukan sekadar shooping saje malah saya membeli tudung,baju kurung,tshirt polo dan dress burberry untuk dijual secara online dan offline..

Ini kali pertama saya mengeluarkan pelaburan sendiri untuk belajar dan merasai pengalaman berniaga secara kecil-kecilan..Yelah selama ini saya hanya jadi ahli dropship bagi setengah barang yang saya jual..Walaupun untung cikit,tpi pengalaman yang penting..Belajar macammaner melayan dan mejawab pertanyaan pelanggan yang bermacam-macam ragam..hihiii

Barang jualan yang saya beli,saya tunjuk kepada jiran-jiran terlebih dahulu..Yelah,mereka ini customer yang paling dekat dan berpotensi besar untuk mereka beli..Oklah,mereka ade yang beli tapi bayar hujung bulan...hihiii..Takaperlah,,dengan jiran-jiran kita jangan kedekut sangat..Kita kene faham keadaan jiran,barulah seronok nak berniaga..

Dalam masa yang sama,saya bukak tawaran di facebook kepada sesiapa yang berminat nak jadi ahli dropship saya..Alhamdulillah,mereka berminat nak menyertainyer dan seramai 48 orang ahli dan ade juga yang berjaya membuat jualan mereka masing-masing..Seronok rasanyer dapat berkongsi hasil jualan dengan mereka dan merasai bile kita promote barang ade customer nak beli..

Semalam saya dapat panggilan dari johor,berminat nak beli kesemua barang jualan saya..Rasa macam dalam mimpi pula..Betul ke tidak ade orang berminat dengan jualan saya..
Manalah tahu kalau-kalau mereka tipu jer..Yelah zaman sekarang ini,kita kene berhati-hati
dengan mereka yang berjanji bagai tapi habuk pun tarak..hihiii

Rupanyer customer saya itu kenalan kakak di johor..Akak saya yang bercerita dan berjaya memujuk kawan die membeli dengan saya..Setelah selesai urusan jual beli,untung rugi saya pun menjual kepada dia..Inilah yang dkatakan rezeki anak-anak dan rahmat berniaga di bulan ramdhan bulan yang penuh keberkataan ini..

Seronok sebenarnyer berniaga ini..Tidak salah mencuba yang penting kita kena rajin promote barangan kita,hati kene iklhas dalam berniaga,bina kenalan yang sama-sama berniaga dengan kita dan berkongsi tips-tips yang boleh membantu menaikkan jualan kita..Insyallah,allah swt akan bagi jalan kepada kita..

Oklah..jumpa lagi dalam entri yang lain yek dan jangan lupa like page saya 
https://www.facebook.com/pages/My-Baby-Apparel/111983785673949 untuk melihat koleksi pakaian dan kelengkapan si manja anda..


Salam Mesra
      lela
















2 ulasan: