Isnin, 28 Oktober 2013

"RESEPI SNOW CHEESE CAKE"

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Anda suka makan kek tak?Saya adalah peminat tegar no 1 kek ini..Saya suka menikmati akan kelazatan dan keenakan kek..Yang paling saya suka kek berasakan coklat..yumy yumy yumy Bila saya makan kek,seolah-olah saya berada di awang-awangan..hihiii

Begitu fanatik sekali kan saya bercerita pasal kek ini..Kawan-kawan saya ramai yang buat bisnes kek jadi ada 1 kek itu saya tengok macam sedap tau..Hari-hari post kat fb pastu siap meleleh lagi krim nya..Saya pun cubalah order sebab nak tahu jugak kehebatan kek snow cheese ini..

Perghhhh...seperti yang saya jangka memang sedap betul snow cheese kek ini..Tak rugi saya membeli dan merasanya..Sedap tau dan memang terbaik..
Saya jadi gian pula nak makan jadi saya pun carilah resepi kek snow cheese di fb..Rupanya senang bebenor nak buat kek ini tapi saya mintak tolong adir ipar suami ajarkan saya..Saya boleh buat sendiri cuma saya nak juga berguru pada mereka yang pandai buat..

Saya belajar dekat rumah mak mertua sebab mak mertua boleh rasa juga hasil air tangan menantu dia..Jadi kepada yang suka dan nak belajar buat sendiri snow cheese cake,di bawah ini saya ada sertakan sekali resepi..
selamat mencuba...

RESEPI SNOW CHEESE CAKE..

Bahan untuk kek :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula kastor
100 gram tepung blue key superfine
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese (terpulang nak guna jenama lain)
1/2 tin susu pekat manis (dalam 1 cawan) 
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

CARA-CARANYA:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan gebu..
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong...

Rasa-rasanya dapat buat tak resepi snow cheese kek ini..Senang jer tapi perlukan kesabaran sikit..Yelah manalah tahu kek belum siap tapi tak sabar-sabar nak makan..Pastikan masuk peti ais dulu dalam 1 jam dan selepas itu bolehlah makan..Ade juga yang tak suka makan kek masuk peti ais cuma terpulang mengikut selera anda..


Bye-bye..
p/s: Jangan lupa cuba tau..memang terbaik dan sedap di makan...


Salam mesra
     lela







Khamis, 10 Oktober 2013

8 TAHUN BERSAMA AKHIRNYA BERPISAH JUGA..

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Kali pertama perkenalan kita di sebuah kedai di nilai,negeri sembilan..Kau ku pandang dengan penuh minat dan ku tertarik dengan warna kulitmu dan bentuk badan yang mempesona..Sampai bawa ke dalam mimpi sebab selalu mengingati kau..

Setelah berfikir panjang,ku beranikan diri pergi berjumpa dengan kau yang masih berada di tempat yang sama di mana kali pertama kita berjumpa dan ku melamar serta merta tanpa meminta persetujuan dari kau..Ternyata ku tidak bertepuk sebelah tangan dan kau terima aku seadanya..

Ku bahagia bila bersama-sama dengan kau tanpa kau merungut sedikit pun..Kau tidak jemu siang dan malam,hujan dan panas bersama-sama mengharungi kehidupan bersama...

Masa berlalu begitu pantas,sedar tak sedar kau sudah 8 tahun lebih kita bersama..Ku ingin bersama-sama dengan kau selamanya tapi apakan daya..Ku tertarik dengan bentuk badan dan warna kulit yang lain..Maafkan ku kerana berpaling pada yang lain..

Terima kasih KERETA PERDANA ku..Segala kerjasama dan pengorbanan kau selama ini amat ku hargai dan tak akan ku lupakan..Teruslah berbakti kepada tuan yang baru seperti kau berbakti pada ku dulu..Janganlah kau buat perangai sama selalu asyik rosak jer..Beribu duit habis hanya kerana nak jaga kesihatan kau tapi kalau sebulan 2,3 kali rosak,siapa larat nak jaga..Tapi kau jangan risau,no plat kau tetap ku ambil untuk kereta yang bakal ku beli nanti..Sekurang-kurangnya adalah kenangan antara kita..

Hihihiiii..jangan marah yek semua pembaca blog sekian..Saya sahaja jer nak tukar mood penulisan saya..Melepaskan sesuatu benda yang kita sayang memang sukar seperti kereta perdana ini..Selalu sangat rosaknya jadi saya pujuk suami suruh beli kereta baru..Alhamdulillah,suami pun setuju nak tukar kereta..Agaknya suami saya dah tak larat nak keluar duit untuk repair yang kadang-kadang mencecah ribuan ringgit..

Semasa entri ini di tulis,kereta perdana ini sudah di jual dengan jayanya dan hanya menunggu kereta baru untuk sampai ke rumah..Tak sabar rasanya nak naik kereta baru..

Nak tahu saya beli kereta aper..Jeng jeng jeng...Kenalah tunggu dalam entri seterusnya yek..


BYE- BYE


Salam Mesra
      lela








Ahad, 6 Oktober 2013

RESEPI SOTONG BEREMPAH DIHUJUNG MINGGU..

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Siapa disini suka makan sotong??angkat tangan laju-laju...hihiiii Sebelum kahwin dulu,saya memang kurang makan sotong..Kalau mak masak sambal sotong pun,saya cuma ambil dalam 3 ketul jer..Memang saya tak berapa suka lagi-lagi bau sotong itu..Tak suka tak suka...

Bila dah berkahwin dapat pula suami yang suka makan sotong aduhhhh parahlah jawabnya..Tak masak kan takut kecil hati pula..Jadi saya pun mintak resepi dari mak mertua apa-apa saja masakan menggunakan sotong..Mak mertua beritahu yang suami saya suka makan sotong masak serai..Kali pertama juga saya dengar sotong masak serai dan ternyata memang sedap sangat..

Terus saya jatuh cinta dengan sotong ini..haahaaa...Dipendekan cerita,1 hari itu saya ada menonton program masakan menggunakan sotong iaitu resepi sotong berempah..Kalau tak salah saya lah,rancangan itu tahun 2009 dan tuan punya resepi ini datin ira pengasas aura seri..

Masa itu baru saya terfikir rupanya sotng ini boleh masak bermacam-macam cara mengikut kreativiti kita sendiri..Yelah,saya ini dulu tak pandai masak...Lagi sebulan nak kahwin baru belajar masak dengan mak..Masakan kegemaran saya ayam masak kicap..Kalau ada masakan ini,saya dah tak pandang yang lain dah..

Kalau anda suka makan sotong dan nak merasai sendiri keenakan sotong berempah ini..Jom salin resepi di bawah ini:

Bahan-bahan:
Sotong serdehana(boleh potong 3)
Bawang kecil 2 ulas (dihiris nipis)
Bawang putih 2 ulas (dihiris nipis)
Halia (dihiris nipis)
Bawang besar (potong nipis)
Cili padi/cili merah (potong nipis dan terpulang nak guna yang mana)
Serbuk kari ikan (saya guna babas)
Air
Garam/serbuk perasa

Cara-caranya:
Masukkan minyak dan bolehlah masukkan bawang merah,bawang putih dan halia yang sudah dihiris nipis..Biarkan sehingga bau bawang naik,barulah masukkan serbuk rempah ikan dalam 2 sudu besar(mengikut banyak mana sotong anda yek)..Biarkan rempah masak seketika dan bolehlah masukkan bawang besar dan cili padi/cili merah yang sudah dihiris..Bila semua sudah masak,bolehlah masukkan sotong..Boleh juga masuk garam dan serbuk perasa..Kalau anda suka sotong berempah ini jenis kering,tak payahlah tambah air tapi kalau anda suka berkuah,boleh tambah air cikit..Kalau sotong dah masak,bolehlah tutup api dan sedia untuk dimakan bersama-sama nasi panas..

Jeng jeng jeng inilah hasilnye resepi saya sotong berempah mengikut kreativiti saya dan anda boleh juga tambah yang lain mengikut kesukaan anda yek..Kalau sotong berempah ini ada warna warni mungkin menarik minat anak nak makan tapi hati-hati jangan sampai anak termakan cili padi pula..Hihiii

Selamat mencuba dan insyallah,saya akan bagi lagi resepi sotong masak serai hasil resepi mak mertua saya yek..Mudah-mudahan anda berjaya buat resepi yang ringkas tapi sedap ini..

Bagi anda yang tercari-cari produk kesihatan dan kecantikan,jom singgah blog saya http://kulitcantiksihatsempurna.blogspot.com/ untuk membeli produk yang di tawarkan..

Bye-bye


Salam Mesra
     lela

















Khamis, 3 Oktober 2013

BAJET DALAM RM200,BUAT BIRTHDAY PARTY...

Assalamulaikum dan salam mesra..

Alhamdulillah..Pada 26 sept yang lepas genaplah umur rizqin yang ke 4 tahun..Memang saya bercadang nak sambut hari jadi rizqin di tadika sebab memandangkan rizqin dah sekolah..Mesti seronok kan sambut hari jadi dengan kawan-kawan,cikgu yang mengajar...Kemeriahan lagi terasa sebab budak-budak ini suka makan kek dan melihat kelatah mereka..hihiii

Lagi 2 minggu sebelum sambutan hari jadi rizqin,pening kepala juga lah saya nak cari idea ape untuk tema anak saya ini..Yelah,setahun sekali keluar belanja untuk hari jadi anak,tak salah mana pun tapi janganlah berlebih-lebihan..Yang penting bajet kita cukup setakat yang kita mampu jer..

Anak saya suka tengok cerita kartun upin ipin jadi saya pilih tema kek gambar upin ipin jer..Selamat saya ada kawan sekolah yang memang buat bisnes kek ini lagipun dia tinggal dekat seremban 2 senanglah nak tempah..Bukan tak nak beli dekat kedai jer tapi kalau beli dengan kawan-kawan ini,senang cikit kira..


Saya pun order sekali roti sosej dan lolichoc dalam 30 biji jer..Roti sosej itu dalam 60 sen sebiji dan lolichoc 1.50 satu batang..Saya ada tambah juga karipap dalam 30 biji..Karipap itu jiran depan rumah yang buat..Saya suka karipap hasil air tangan dia..Sedap tau kalau jual lebih meluas mesti laku nanti...Saya ada buat juga free gift untuk kawan-kawan rizqin dan cikgu tapi terlupa pula saya nak ambil gambar..Itu pun saya bajet dalam rm60 jer..Saya beli air kotak,jajan dan gula-gula..

Dalam pukul 10.00 majlis hari jadi rizqin pun bermula..Masa saya datang ke tadika,rizqin agak terkejut melihat saya dan adik dia datang..Yelah dia pun tak tahu hari itu hari jadi dia..Bila cikgu bukak kotak kek,masa itu dah bising dah suara budak-budak menjerit..Yelah seronok agaknya tengok kek ada gambar upin ipin..

Tengoklah gelagat rizqin bila kawan-kawan dia menyanyi lagu selamat hari jadi..Seronok sangat dia masa ini..hihiii Gembira hati ini bila anak suka saya dengan kejutan dari mama dia..Rasanya berbaloi walaupun mengeluarkan modal yang sikit..

Semua kawan-kawan rizqin dah tak sabar tak nak makan kek upin ipin rizqin yang nampak menyelerakan itu..Tiada acara tiup lilin pun,cukuplah sekadar potong kek jer..

Bajet rm200 untuk majlis hari jadi yang ringkas ini dapat saya buat dengan jayanya..hihiii Lagi bagus kalau buat dekat tadika kalau anak dah sekolah..Yang penting kena bincang dengan cikgu dan jangan ganggu masa belajar mereka..

Buat anak mama MUHAMMAD KHAIRURRIZQIN..Mama dan papa sayang sangat rizqin dan semoga rizqin jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat dan menjadi anak kebanggaan mama dan papa..AMINNN....

Jom singgah-singgah fan pages fb saya https://www.facebook.com/RiznLailaCollection melihat koleksi tshirt muslimah yang pastinya pakaian menutup aurat walaupun kita suka berfesyen..

BYE-BYE...


Salam Mesra
     lela










                  







Ahad, 22 September 2013

AKIBAT SUNTIKAN BCG,ANAK SAYA YANG JADI MANGSA..

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Apa khabar anda semua?Semoga kita semua dilimpahkan kerahmatan dan kerberkatan dalam menempuh kehidupan seharian..Kita semua tidak terlepas dari ujian yang maha esa..Tidak kiralah esok,kelmarin,bulan depan ataupun tahun depan,kita pasti akan diuji dalam bentuk kesedihan,kesakitan dan sebagainya..Kita manusia kerdil di hadapan Allah dan Allah s.w.t menguji kita mengikut kemampuan kita..

Saya melahirkan anak yang ke 2 secara normal di hospital kerajaan di negeri sembilan pada 24 Mei 2012..Anak saya masa itu dapat suntikan BCG ketika saya masih berada di wad dan di suntik oleh jururawat bertugas..Sebelum mereka beri suntikan itu,ada jururawat bagi penerangan tentang kebaikan nya..Saya pun setuju lah dan mereka terus membawa anak saya ke bilik untuk dicucuk..


Selepas usia anak saya masuk 5 bulan,baru saya perasan ada satu ketulan ataupun benjolan di bawah ketiak belah kiri..Memandang kan badan anak saya agak tembam masa itu,saya pun tak berapa perasan pula..Saya khabar perkara ini kepada suami dan suami saya pun tak tahu ketulan apa..Jadi saya pun google di intenet cari maklumat tentang ketulan di bawah ketiak..

Tapi malangnye tak banyak maklumat tentang ketulan ini..Semakin hari makin besar pula jadi saya dan suami terus ke Hospital KPJ Seremban untuk terima rawatan di sana..Selamat suami ada beli insurans untuk kami sekeluarga jadi soal kos perubatan tak payah nak fikir dah..


Beginilah rupa bengkak kan kelenjar dibawah ketiak anak saya ketika diperiksa oleh doktor..Setelah di periksa dan melakukan rawatan x-ray,anak saya di tahan untuk rawatan selanjutnya..Sepanjang anak saya ada bengkak kelenjar itu,anak saya tak pernah demam ataupun rasa sakit..


Walaupun tangan berbalut dan bengkak di ketiak,anak saya masih nampak sihat dan boleh bermain-main lagi..Bagus lah kan daripada menangis tak berhenti-henti,lagi tension kita di buatnya..

Menurut doktor wilson yang merawat anak saya,bengkak kan kelenjar di ketiak itu mungkin disebabkan suntikan BCG..Saya pun tak faham kenapa boleh jadi macam itu..Nurse yang suntik dulu tak pandai ke sampai jadi macam itu..Tapi benda dah terjadi,saya pun malas lah nak tanya macam-macam..Yang penting saya nak anak saya sihat,syukur alhamdulillah..


Anak saya harus di bedah dengan segera,takut nanah atau darah yang ada dalam ketulan merebak ke tempat lain..Kesian anak saya,usia masih muda dah kena operate..huhuuu..Anak saya dilarang minum dan makan selama 6 jam sebelum pembedahan dilakukan..Kesian sungguh anak saya,menangis nak kan susu..Saya tanya nurse,kenapa tak boleh bagi susu dekat anak saya..Nurse beritahu takut masuk dalam paru-paru jadi kes lain pula..Bila dah lapar,menangis-menangis anak saya tak dapat susu..Sedih saya melihat keadaan anak saya tapi apakah daya saya..Dalam keadaan lapar dan dahaga,anak saya tertidur dalam pelukan seorang ibu..


Ketika ini perasaan saya berdebar-debar saat memangku anak saya menuju ke bilik operation yang berada di tingkat bawah..Pertama kali masuk bilik ot macam bagi nyawa pula..Pakar bius ada datang berjumpa saya menerangkan tentang pembedahan anak saya ini dan insyallah,dia kata semuanya akan selamat..Sebelum meninggal kan anak saya yang sudah baring di bilik,saya sempat berbisik di telinga anak saya yang mama tunggu khairin kat luar dan mama sayang sangat dekat khairin..Rasa macam biarlah saya saja yang kena operate bukannye anak saya tapi yang sakit anak saya..huhuuu


Selama sejam anak saya didalam bilik ot,akhirnya doktor Lee pakar bedah anak saya keluar dengan senyuman memberitahu anak saya selamat di bedah..Ya Allah,syukur alhamdulillah Allah s.w.t dengar doa saya..Terus lega hati saya sebab dari anak masuk untuk operate,saya tak putus-putus berdoa semoga semuanya selamat..Tak sabar saya nak melihat anak saya yang saya rasa macam bertahun-tahun terpisah..Sepanjang anak saya di bilik ot,saya tak menangis pun..Bukannya tak ada perasaan tapi entah lah memang tak keluar pun air mata..hihiii..Mungkin saya jenis yang tabah dan redha dengan ujian Allah s.w.t dan yang paling penting Allah s.w.t ada bersama-sama dengan kita..

 
Inilah bendanya yang berada dalam bengkak kan kelenjar dalam badan anak saya..Ada darah,nanah,cebisan daging,macam air pun ada juga..Benda ini nurse bawa ke makmal untuk uji kaji..Selepas anak saya sudah sedar,doktor sekali lagi melarang anak saya untuk menyusu..Kena tunggu 6 jam lagi baru anak saya dapat minum..Memandangkan anak saya menyusu badan sepenuhnya,saya terpaksa pam bagi mengelak saya pula yang sakit nanti..

Hasil dari ujian makmal yang di jalankan,benda yang terdapat dalam bengkak kan itu sejenis bakteria tubercule bacillus untuk merawat penyakit tibi..Ya Allah,sekali lagi saya terkedu dengar keputusan dari makmal..Maknanya betul lah kerana suntikan BCG anak saya yang kena sebab tujuan suntikan BCG ini untuk mencegah penyakit tibi bila kita pergi ke negara lain..

Anak saya harus mengambil sejenis antibiotik selama 2 minggu khusus untuk membunuh kuman dari merebak ke tempat lain..Doktor juga memberi saranan untuk datang ke hospital seminggu sekali untuk memantau kesihatannnya..Masa pembedahan hari itu,doktor tidak jahit tempat bekas operate sebab menurut doktor luka didalam kena bersihkan dulu takut ada nanah..Bila dah jahit tapi di dalam masih bernanah,macam mana nak bersihkan..Lagipun luka itu akan tertutup sendiri sebab ada isi baru akan tumbuh..

Setiap hari rutin saya membawa anak saya ke hospital untuk mencuci luka sehingga luka itu benar-benar tertutup sendiri..Lebih kurang 3 minggu saya ulang alik setiap pagi dan setiap kali cuci anak saya akan menangis...Sedih dan pilu hati seorang ibu melihat nurse mencuci luka anak saya..Tapi apa daya saya,hanya mampu memujuk supaya dia berhenti menangis..

Sekarang sudah 9 bulan berlalu di mana anak saya di operate pada bulan akhir bulan November tahun lepas..Sekarang anak saya membesar dengan sihat dan semakin lasak..Kali terakhir saya datang berjumpa doktor wilson yang merawat anak saya,luka jahitan sudah tertutup sepenuhnya dan tiada tanda-tanda akan muncul kembali..Antibiotik yang anak saya makan dulu itu pun untuk mencegah bengkak kan kelenjar datang kembali...

Bagi anda yang rasa ada kelainan di badan anak anda,cepat-cepat lah buat pemeriksaan di klinik berhampiran..Insyallah,tiada apa-apa cuma doktor akan melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan cecair yang ada di dalam bengkakkan itu..

Bagi anda yang mencari pakaian untuk hari raya haji nanti,jom intai-intai di fanpage saya https://www.facebook.com/RiznLailaCollection untuk melihat koleksi baju kurung dan tshirt muslimah..

Bye-bye..


Salam Mesra 
    Lela


 













Sabtu, 14 September 2013

HALAMAN DEPAN UNTUK ANAK-ANAK...

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Sudah lama sebenarnyer saya dan suami bercadang nak ubahsuai halaman depan ataupun tempat packing kereta rumah ini...Nak kasi besar cikit dan ade ruang untuk anak-anak bermain..Yelah anak-anak makin lama makin lasak terutama si adik itu..Semua tempat dia nak dan suka panjat..Aduhhh..itu yang tak boleh tahan..Bila saya angkat dia,dia pergi tempat itu balik..

Fikir punya fikir dan bincang punye bincang,akhirnyer kami sepakat buat cikit-cikit dulu mengikut bajet suami yang sedia ado jer..Yelah kita kena rancang dengan tepat dan betul supaya kita tak menyesal nanti..Memanandangkan kawan suami pandai bab ubahsuai ini,saya pun setujulah ambil dia buat halaman depan rumah saya..Bab tanya harga dia beritahu dalam 6 ribu lebih jer siap semua sekali..Kami pun setujulah dengan harga yang di tawarkan..Bagi saya murahlah juga berbanding dengan harga yang lain..                                 
Ini hari pertama mereka datang untuk memulakan ubahsuai halaman saya..Gambar ini pun saya ambil dari dalam rumah dan perhatikan mereka buat kerja..Lagipun saya tak buat besar pun cuma naikkan tembok kiri kanan dan pasang mozek..Mereka janji siap dalam 4 hari jer..Oklah kan..


Menaikkan tembok sedang giat dijalankan..Cuaca masa itu pun ok memudahkan mereka nak buat kerja..Mereka datang hari itu pun dalam 3 orang saje..


Yang ini pula tembok belah kiri,sudah siap menaikkan batu dan tunggu masa untuk di tampal..Lebih kurang 300 lebih batu simen ini digunakan untuk tembok belah kiri ini..Dibahagian tengah dan atas mereka letak besi untuk mengukuhkan lagi tembok ini..Masa mereka pasang besi itu,saya ade tengok tapi tak ambil gambar pun..


Tembok belah kanan sudah siap separuh jer..Ruang ini tempat untuk saya sekeluarga lepak dan santai-santai di waktu petang nanti...


Bila dah siap naikkan batu,tampal menampal dijalankan..Kena ada seni jugak nak plaster simen itu..Bukan sebarangan tau nak buat ini..Bagi saya mereka ini semuanye dah mahir bab-bab ubahsuai rumah ini..


Bila bahagian dinding dah selesai,mereka pasang mozek pula..Corak dan warna mozek itu,suami yang pilih sendiri dalam 500 keping..Harga sekeping dalam rm2.30 tapi taukeh kedai itu bagi murah sebab angkut naik kereta sendiri dapatlah dalam rm1.90..Dia tak nak bawa saya sekali sama-sama untuk pilih..Sabar jelah..Selamat pilihan dia saya boleh terima,kalau tak cantik hari-hari lah suami saya kene dengar saya berleter tau..hihiii


Wahhh..dah siap pun mereka pasang mozek halaman rumah saya..Nampak cantik pula bila dah pasang...hihiii?..Nampak sangat teliti dan tersusun mereka buat kerja..Seronok tau mereka dah siapkan..Macam tak sabar-sabar jer nak lepak kt luar..


Beginilah pemandangan halaman depan rumah saya yang sudah separuh siap..Masih belum pasang lampu dan tambah 2 lampu lagi..Walaupun nampak simple tapi harga nyer boleh tahan mahal juga..Alasan mereka barang sekarang dah mahal..huhuu..Insyallah,kalau ada rezeki lebih lagi bolehlah tambah lagi mana yang patut..

Bahagian dinding jer belum siap di cat..Minggu depan rasanyer dapatlah warna dinding yang baru..Suami nak cat sendiri katanyer..Seronok betul anak-anak saya dapat halaman depan rumah yang baru..Mereka sangat- sangat gembira sampaikan tak nak masuk dalam rumah..Asyik nak main jer kat luar itu..Tak apalah kan,yang penting pagar di depan saya pastikan berkunci..Mereka seronok saya lagi lah seronok melihat mereka bermain..

Kalau anda semua nak tahu,Gelongosor kanak-kanak itu saya beli hasil dari saya jadi buat bisnes dari dalam rumah saje..Ade untung sikit,bolehlah beli barang yang berfeadah untuk anak-anak...Lagipun saya jarang bawa anak- anak pergi taman permainan..Kan lebih bagus main depan rumah jer...

Oklah,bagi anda tercari-cari koleksi pakaian ataupun kelengkapan si manja anda,jangan lupa singgah ataupun intai-intai page fb saya https://www.facebook.com/pages/My-Baby-Apparel/111983785673949 untuk melihat koleksi untuk anak- anak anda yek...

Bye-bye


Salam Mesra 
     Lela

Ahad, 8 September 2013

"KENAPA MESTI NAIK"

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM MESRA..

Kenapa naik kan harga minyak??Tak sepatutnye kerajaan naik kan harga minyak sesuka hati tanpa mengkaji dengan lebih mendalam kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang..Jangan kerana hutang negara bertambah,rakyat malaysia yang kena tempiasnye..

Saya rasa agak kesian dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan untuk menampung kos sara hidup yang agak tinggi..Dahlah kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang ditambah pula dengan kenaikan harga minyak secara automotik harga makanan mesti akan naik punye..

Bagi sebuah keluarga yang mempunyai pendapatan sekitar rm1500 kebawah dan memiliki anak seramai 4 atau 5 orang di tambah belanja dapur,rumah,kenderaan dan lain-lain lagi berapa banyak yang mereka dapat simpan untuk menambung di kemudian hari..Itu kalau pendapatan rm1500 ke bawah tapi bagaimana dengan mereka yang mempunyai pendapatan sekitar rm900 ke bawah..Saya sangat-sangat kesian dengan mereka ini..

Saya ada baca status kawan-kawan di wall fb mereka "naik 20 sen pun nak bising","syukur malaysia masih aman",tak suka minyak naik,sila keluar dari malaysia","isi jerlah minyak,tak suka duk diam-diam kat rumah dan bermacam-macam lagi yang mereka post kan..

Bagi yang bujang,mereka tak merasa kenaikan harga minyak ini sebab mereka tak ade tanggungan nak mereka tanggung..Ade itu masih duduk lagi dengan mak ayah..Tapi tak semua mereka yang bujang ini,hidup mereka senang..Ade juga yang susah,nak kena bayar macam-macam juga..

Macam saya surirumah sepenuh masa dan 100% mengharapkan duit dapur dari suami,turut terkena tempiasnye..Kalau dulu harga milo 800g dalam rm7.70 sekarang ini dah naik rm8.90..Itu baru 1 jer barang yang naik,belum lagi saya senaraikan yang lain..Susah betul kehidupan sekarang ini..Yang susah makin susah tapi yang senang bertambah senang..

Dulu masa zaman tun mahatir,harga minyak sekitar rm1.80 jer kalau tak silap saya..Saya pergi kerja bawa kereta dan memandu pun dengan hati yang riang..hihiii Sekarang ini mesti ade mereka yang pergi kerja dengn muka yang masam sebab minyak naik lagi..huhuuu

Semua orang mesti marah dengan kenaikan harga minyak ini..Walaupun 20 sen nampak cikit tapi nampak banyak dan susah bagi mereka yang betul-betul susah..Kerajaan malaysia sepatutnyer fikirkanlah nasib golongan yang berpendapatan rendah ini..Kehidupan mereka sangat susah dan kerja siang malam tak berhenti-henti demi sesuap nasi untuk keluarga mereka..Hanya allah jer tahu nasib mereka-mereka seharian..

Mintak maaflah saya agak emosi cikit untuk entri kali ini..Bagi saya isu kenaikkan harga minyak memberi impak yang kuat untuk semua rakyat malaysia..Ade mereka yang suka kerajaan naikkan harga minyak sebab mereka ada banyak duit tapi ade juga yang menentang kenaikkan harga minyak sebab mereka orang susah..

Sama-samalah kita fikir dan renungkan nasib kita akan datang seperti mereka yang susah di luar sana itu..Mungkin dulu mereka gembira tapi sekarang mereka merana..Betapa susahnye hidup mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi..





Salam Mesra
    lela